Saturday, July 14, 2012
Sunday, June 3, 2012
Letih
Apakah yang lebih meletihkan selain dari mencari barang yang hilang dan sangatlah diperlukan, seharian...sampai sakit semua badan tp TAK juga berjumpa. Ditambah dengan segala masalah kehidupan yang tak kunjung padam, terasa macam keHARUSan untuk hidup.
Sampai ke pejabat terus ke kelas...2 jam direct... without any breakfast walaupun di rumah sempat menggoreng nasi untuk family...baru je duduk tak sampai sejam, tetamu-tetamu dah datang...baru menimbang-nimbang bagaimana nak respond to the keluhan-keluhan yang diutarakan, jam sudahpun menunjukkan pukul 12....MASYITAH perlu di gegas dari sekolah.
Belumpun sempat menjemput Masyitah, keretaku tersendeghih bonggol yang amat tingginya di depan sekolah...Apalah 'cerdik' sangat pihak sekolah buat bonggol setinggi itu. Taula nak elak kenderaan bergerak laju di luar sekolah tu tapi kalau dah tinggi sangat, jenuh queue kenderaan memperlahankan speed tahap maksima..
Kemudian, satu lagi dugaan mendatang..surat beranakku hilang. Dan Asyraf memerlukannya a.s.a.p. Deras pulak ke Pejabat Pendaftaran untuk buat yang baru dan sedihnya mendengar kata-kata pegawai yang bertugas.
" 2 minggu lagi siap Puan."
Mana boleh? Takkan nak kena balik Ipoh menguruskan pulak? Pecut pulak ke ofis semula dan terus masuk kelas lagi...Penat memang penat tapi hati terhibur berkoresponden dengan para pelajar. Tepat jam 3.50, menghabat diri ke kubikal semula..geledah semua kertas dan fail yang untu mencari surat beranakku...Malangnya tak berjumpa.
So, pencarianpun di terus pula di rumah.....(dan tawakkaltu a'alallah..)

Saturday, June 2, 2012
Masih teringat ketika masih kanak-kanak di kampung dahulu. Apabila hujan lebat, kita begitu seronok bermain air. Tidak kira di tepi sungai atau berhampiran tali air. Kita ketawa, gembira dan terjerit-jerit dengan kawan-kawan.
Tetapi tidak lama… ibu akan datang dengan ranting kayu menyuruh kita pulang. Kalau tetap berdegil, kita akan menerima habuan. Apalagi, kita pun menangis. Sewaktu itu kita tertanya-tanya, mengapa ibu menghalang kita berseronok-seronok?
Kini kita telah dewasa, kenangan itu masih basah dalam ingatan. Kita tersenyum. Kenangan itu adalah bukti kasih sayang ibu. Sekarang kita faham, ibu melarang kerana kasih. Ibu merotan kerana sayang. Bukan kerana ibu cemburu, jauh sekali benci apatah lagi untuk mendera. Ibu nampak apa yang kita tidak Nampak. Kita hanya memikirkan suka, ibu memikirkan bahaya. Ya, kerana keprihatinan ibu menjaga kita sewaktu kecil itulah menyebabkan kita masih di sini.
Begitulah dengan ujian-ujian Allah. Ia begitu perit, pahit dan menyakitkan. Kita inginkan kejayaan, Allah berikan kegagalan. Kita inginkan pertemuan, Allah takdirkan perpisahan. Manis yang kita impikan, pahit yang menjadi kenyataan. Mengapa? Jawabnya, itu adalah yang terbaik untuk kita. Ujian Allah umpama ‘rotan ibu’ kepada anaknya yang degil. Ibu merotan kesah kasih sayang, Allah lebih-lebih lagi…kerana kasih sayang Allah jauh lebih tinggi, lebih murni daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.
Sayangnya, kita hamba yang ‘buta’. Kita tidak nampak di sebalik segala keperitan dan kesakitan ujian Allah itu adalah kasih sayang jua. Dahulu kita adalah anak kecil yang tidak memahami di sebalik larangan dan kemarahan ibu. Kini kita adalah hamba yang jahil kerana gagal memahami dan merasai kasih-sayang Allah di sebalik segala ujianNya.
Dahulu kita menangis, apabila dipukul ibu. Kini kita ‘memberontak’ dan bertanya, mengapa Tuhan takdirkan kesusahan dan kepedihan ini ke atas diriku?
Mengapa kita belum dewasa menghadapi ujian Allah? Kenapa kita belum mampu tersenyum seperti seorang anak yang telah dewasa sewaktu mengenang kembali memori silam sewaktu dia dipukul ibunya? Kita seharusnya mampu ‘tersenyum’ ketika dipukul oleh takdirNya. Atau sekurang-kurangnya tunduk akur, menyerah dan pasrah pada ketentuan-Nya. Katakan pada hati, “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hambaMu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya. Cuma kerana kelemahan dan kejahilanku… aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayangMu.”
Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, “aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku.” Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat. Justeru, orang yang ‘arifbilllah’ (mengenal Allah) seperti Ibnu Ataillah pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.” Maksudnya, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah.
Telitilah firman Allah ini, Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Ilmu kita yang terbatas, tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat, Allah nampak yang dekat dan yang jauh. Kita hanya nampak guruh dan hujan, rupanya Allah hendak menghadiahkan pelangi!
Alangkah indahnya kehidupan ini apabila kita sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan menerima segala ujiannya dengan sabar. Pahit, tidak cepat diluah. Pedih, tidak segera disanggah. Anak yang dewasa akan tersenyum dan berterima kasih dengan ketegasan ibu terhadapnya sewaktu dia masih kecil. Mujur ibuku memarahi ku dahulu, jika tidak… kini aku tidak berjaya.
Syukur, ibuku telah merotanku sewaktu aku kecil dahulu, itulah yang menyebabkan aku menjadi ‘manusia.’
Syukur kepada Allah yang mengurniakan ibu untuk kita. Semakin tinggi rasa terima kasih kita kepada ibu, sewajarnya semakin tinggi pula syukur kita kepada Allah. Tanpa ibu, siapalah kita… namun tanpa kasih sayang Allah, tiada ibu, tiada kita. Antara nikmat Allah yang tidak boleh kita dustakan ialah nikmat ibu. Namun, lebih tinggi sepatutnya kesyukuran kita kepada Allah… yang telah mendidik kita dengan ujian-ujianNya. Yang sering menjentik kita dengan kasihNya.
Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!
-Genta Rasa-
Mei 2012
* Tuhanku yang maha pengasih lagi maha penyayang...kuatkanlah iman ku, berikan aku kesabaran paling jitu demi keluarga tercinta...
Thursday, May 31, 2012
Whitney Houston - All The Man That I Need
One of the better whitney's songs that I like...tetiba teringat zaman study di US dulu...:)
Wednesday, May 16, 2012
Happy Teacher's Day.
" Assalamualaikum....terima kasih Pn atas ilmu yang Pn berikan scara lgsg dan x lgsg...minta maaf ats sgala salah silap saya, mgkn kdg2 sikap sya yg gila ni buat Pn tak slesa, tp itu tndanya sya seronok dgn Pn. Doakan sya bjaya insyaAllah.. SELAMAT HARI GURU :) -Khairilezman-
This very surprised phone message was received at 10.58 pm just now while I was watching television. Khairilezman was a student of mine that I only knew for a few months. He was the head of the class. He loves rock music and was so much into his 'band'. What I noticed most about him was his ever cheerful mood in class. He had the ability to turn the atmosphere in class into a happy and lively occasion. He's remarks were so open and spontaneous that made me burst into laughter every time he spoke...And when I laughed, the whole class would laugh too..
"I don't need a facebook because I have a face, already."
I remember him saying this during the presentation of his classmates not long ago. The girls were presenting the topic of Facebook and its influence to KMK students and he was commenting on the topic. Well, Khairil...may you excel in studies with flying colours and I hope we could meet again some day...
* I went to the supermarket after dinner with my daughters to get some stuff for their teachers...Masa I kecik2 dulu, nobody sibuk to buy things for their teacher. Kami cuma bawak makanan kering je ke sekolah...Selebihnya, cikgu belanja...:)

| Khairil, me and the class... |
* I went to the supermarket after dinner with my daughters to get some stuff for their teachers...Masa I kecik2 dulu, nobody sibuk to buy things for their teacher. Kami cuma bawak makanan kering je ke sekolah...Selebihnya, cikgu belanja...:)
Wednesday, May 9, 2012
Hari ini...
Sebentar saja lagi, saya akan menyusuri lagi Lebuh Raya Timur Barat untuk bertemu ayahanda tercinta...Tak dapat nak balik lebih awal kerana menguruskan anak-anak balik sekolah dulu. Pagi tadi saya dah menelepon...
"Belikan abah pokok bunga melor. Yang ada tu dah nak mati..."
(yang banyak pokok lagi tu tak tanam-tanam lagi...tiap kali balik mesti ada pesanan pokok bunga yang nak ditanam tp satupun tak tanam-tanam lagi....10 pokok ada dah tu....Ikut jela kata dia...bagi dia seronok...pokok tu berapa duit la sangat berbanding dengan hatinya yang akan terguris kalau benda yang diharap tak ada di depan mata...)
"Roti keras yang ada gula tu...serunding jangan lupa tau?"
(baik abah...)
Dan setengah jam tadi saya dah kerat bunga-bunga ros di pokok yang saya tanam di belakang rumah...Hmm...wangi dan semerbak...nanti akan saya taburkan kelopaknya di pusara emak esok pagi atau pagi Jumaat.
Sebenarnya saya keletihan dan kurang sihat dalam dua tiga minggu ini. Otak dan hati berserabut. Banyak kerja yang belum beres tapi kalau mengenangkan kerja sampai mati pun takkan habis. Jadi, saya putuskan untuk pulang juga ke kampung juga...menjengok abah dan memantau makan dan minumnya...Niat di hati, kalau ada masa lebih nak bawak abah berjalan...tp tengokla...bajet ketat sikit bulan ini dan kalau banyak benda yang nak dibereskan di kampung terpaksa tunda ke Father's Day which is due next month...tengokla dulu macammana! :)
Minggu ni pun banyak sangat benda yang berlaku pada saya...Mula-mula kawan baik saya, Halimah pindah ke Gambang atas arahan kerajaan...
Lepas tu anak saya yang baru dapat result SPM lulus ujian kereta....bangganya dia pasal sebulan tak bawak kereta, terus lulus. Kesalahan jalanraya yang dibuatnya cukup-cukup untuk bagi lulus...Then, she received 3 offers to further her studies - Kolej Matrikulasi Kedah, UIA and MARA oversea study scholarship. Tuah ayam nampak di kaki...tuah Najihah Allah sahaja yang tahu...Syukur saya pada Tuhan di atas rahmat yang Tuhan turunkan...walaupun Najihah tidak mendapat straight As tp rezekinya murah....
Saya nak cerita panjang lagi tapi nak kena keluar pi ambil Masyitah di sekolah pulak...Nanti sambung sembang...

Subscribe to:
Posts (Atom)