Itupun, tok-tok, tokwan-tokwan, pakcik-makcik yang berpendapatan rendah yang biasanya menggunakan phone jenis ini..Pakcik makcik di pekan tak guna phone ni...Depa guna Samsung Galaxy, Blackberry, X peria, HTC...pendekata semua phone yang canggih-canggihlah!.
Begitu juga anak-anak muda kita... mereka bukan sahaja memilik phone yang canggih-canggih ni...mereka juga mahir mengendalikan
dan ini...
Hampir separuh hari, kalau tidak berjam-jam dihabiskan untuk 'mengadap' gadgets ini...Bangun tidur, benda ini yang dicapai dulu...sekurang-kurangnya nak tengok jam...Jam di dinding dah tak berapa fungsi lagi..kemudian, nak tengok messages yang masuk or 'missed calls'...takut ada yang ter miss atau yang teringgal...
Kemudian lagi, nak tengok FB notifications... atau FB messages...Twitter, Whataapp, Line dan macam-macam lagiTakut ketinggalan...Kalau-kalau ada kawan-kawan yang sakit, meninggal dunia...anak-anak kawan yang kahwin atau kawan-kawan yang baru kahwin atau kahwin lagi...sekurang-kurangnya kita tahu, kita up to date dengan berita-berita ini.. Kita tidak akan jadi seperti
Begitula kuatnya impak alat-alat komunikasi ini...Kita akan terus berhubung dan connect dengan rakan-rakan kita dan hubungan luar setiap masa. Tak dapat bukak Computer, bukak Laptop Tak dapat bukak Tab, bukak Smartphone. Segalanya berada di hujung jari.
TAPI!
Berapa ramai dari kita yang menggunakan peralatan-peralatan ini untuk mengeratkan tali sirraturrahim sesama ahli keluarga kita? Berapa banyak messages yang kita telah hantar, kita tujukan kepada suami, isteri dan anak-anak kita? Berapa kali kita gunakan smart phone kita itu untuk menghubungi ahli keluarga kita bila kita berjauhan? Kenapa berat sangat jari kita untuk menekan butang telefon untuk menghubungi mak atau bapak kita? Kita lebih teruja untuk 'mencari' kawan-kawan kita dari bertanya khabar anak-anak kita yang ditinggalkan di rumah...dan kita tidak sedar perbuatan kita itu sebenarnya boleh mengundang MASALAH akhirnya.... Hmmm
Kesian anak-anak kita..suami kita, isteri kita...mak bapak kita...memanglah kita semua sudah besar panjang..tahu jaga diri masing-masing tapi itulah KASIH SAYANG namanya...ahli keluarga kita akan merasa kehilangan kita bila kita tiada kalau mereka sering dihubungi. Pahala pun dapat kerana kita menjalankan tanggungjawab kita dari jauh walaupun melalui 'angin'.
Suatu masa dulu,
menjadi penghubung...kemudian e-mail...bila dunia jadi semakin canggih, kita pun sudah jadi semakin advance, sepatutnya lah perhubungan sesama keluarga kita jadi semakin akrab. SEBAB...kita ada alat-alat komunikasi yang boleh kita gunakan untuk menghubungi mereka dengan cara yang MAHA PANTAS!
MALANGnya...kita jadi semakin "mundur" oleh alat-alat ini..Hubungan jadi semakin RENGGANG. Salah ALATkah? Salah MASA? atau salah KEADAAN? Selalunya kita tidak akan salahkan DIRI SENDIRI...Kita akan bagi SERIBU macam alasan termasuklah faktor keadaan dan masa. Tapi kita lupa, masa dan keadaan ini akan terus berjalan dan kita akan jadi semakin TUA...Waktu yang lepas itu takkan kembali...tapi TUHAN masih beri kita waktu untuk memulihkannya. Cuma kita MESTI sedar akan kesilapan kita dan cubalah untuk MEMBAIKInya. Selagi kita masih bernyawa, tidak ada yang terlambat kerana saya selalu berfikir yang TUHAN MAHA ADIL dan TUHAN lah YANG PALING CANGGIH ! DIA akan terus dapat kita hubungi tanpa perlu talian maxis, telekom, celcom, unifone, broadband, streamyx DLL.
Sekian. Terima kasih.