Tuesday, July 28, 2009

Sweet victory


I sat at the stairs facing the Multazam and I stared at it for a very long time coz I didn't know what else to say. I had conveyed prayers, a lot prayers for me, my family, my siblings, in-laws, friends-close and far, my students...over and over again...I have sinned and I regretted it very much, I'd done a lot of wrongdoings and I seeked for forgiveness...I asked for strength coz I am such a weak person, I prayed that I'd be better person and would not give any burden and problem to my family and anyone I know.
I was wishing...to kiss the Hajaratul Aswad...I didn't have anyone else to depend on nor anybody to seek help. I looked at the Multazam again and I said to myself, I've got to try. I could feel HIS presence with me all the time. And that night I've made my mind, only HE will deter me, if he wanted to...but HE did not. Around 2.45 am, despite all the pulls and pushes from the aggressive, impatience and demanding crowd, I managed to put my head into hole of the black stone. And I broke into tears after that...A really good one. I felt so relieved as if a big stone was removed from my body...Yes, ultimately, I realised that HE is always there when no one else could. I shouldn't be worried anymore. Ameen...

Friday, July 24, 2009

MY POST UMRAH WISH


Ustaz Bashiruddin, my mutawwif during the umrah told us that we should all wish to die in Madinah because the Prophet (PUB) once said,
“Sesiapa yang mempunyai kemampuan dan keupayaan daripada kamu jangan meninggal dunia melainkan di Madinah. Sesungguhnya sesiapa yang mati di Madinah aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi baginya..” (H.R. Ibnu Hibban dan Tabrani).
p/s It's now official in my wishlist.

Sunday, July 12, 2009

LUPA

Siapa yang tak pernah lupa? Saya lupa, dia lupa, kita lupa...Lupa cium tangan ibu dan ayah sebelum pergi sekolah, lupa baca doa sebelum tidur, lupa siapkan minum petang, makan malam, lupa basuh pinggan, lupa cakap pelan-pelan.....atau sengaja cakap kuat? Lupa dengan sapa kita bercakap...dengan bos? kakak? teman? ibu? Lupa semuanya...janji, dendam kesumat dapat dilepaskan...perasaan dapat diluahkan...tak kira siapa yang akan terasa, siapa terkena bisanya...biarkan! Asal hati puas. Dan kita lupa lagi...lupa tentang hukum Tuhan, janji tuhan pada yang membuat hati terguris, menangis. Lalu kitapun ketawa...padan muka. Tapi kita LUPA...takwa sudah beransur tiada. Perlahan-lahan jiwa tersiksa, merana kerana alpa.

Semalam lupa, hari ini lupa. Esok? takkan nak lupa lagi...Lupa nak berdoa untuk anak isteri, suami, ibu bapa dan adik beradik, ipar duai...yang diingat cuma kawan. Kawan sekerja, kawan main golf, kawan sekelas, kawan sepermainan, semua kawan...macammana pernah lupa kalau kawan tak berhenti 'call', sms, menelipon dan jumpa di warung, kedai, supermarket...Lalu kitapun lupa, nak balik awal, nak pi masjid di malam Jumaat, mendengar tazkirah, ceramah ugama di radio, macam-macam lagi. Lupa nak jumpa doktor, polis nak bayar saman....lupa beramah dengan anak-anak sebelum masuk tidur atau mengusap rambut mereka sekurang-kurangnya atau bercerita di katil sbelum melelapkan mata...LUPA.

Dan keesokan hari lupa lagi. Lupa cuci tandas, sapu sampah,mengemas album, buku-buku di rak. serba-serbi lupa. Paling tidak elok, lupa berterima kasih pada suami yang menghabiskan gaji untuk keperluan keluarga, isteri yang bertungkus-lumus memastikan anak-anak dan suaminya cukup makan dan tidur, anak-anaknya sihat dan gembira di sekolah dan di rumah. Kita juga lupa yang kita punya anak-anak yang telah menceriakan rumah tangga dan membuat abah dan emaknya merasa bangga dengan pencapaian yang baik di sekolah di samping berbudi bahasa dan berhemah tinggi. Kadang-kita kita lupa punyai kawan sejati dan asyik terpedaya dengan kawan baru yang sakan bergembira. Kita lupa makna pengorbanan dan LEKA berseronok. Ingat! Tuhan bela golongan yag terpedaya. ...Hai, banyak sungguh yang kita lupa...Lupa membersihkan harta dengan bersedekah, lupa mengirimkan wang pada ibu bapa, lupa bayar bil, zakat....

Tak terhingga banyaknya yang kita LUPA, bukan PELUPA tapi tak kesah, tak ambil berat...selalu kata, TAK APA...Oleh itu, jadilah kita manusia yang papa...miskin segala budi, akhlak dan wibawa walau berpelajaran, berharta dan berkedudukan tinggi melangit..... So, bilakah kali terakhir kita senyum pada orang yang paling dekat dengan kita...? TAK INGAT???
BAHAYA.
p/s: I'm going for Umrah tomorrow...A new journey has begun.