Semalam lupa, hari ini lupa. Esok? takkan nak lupa lagi...Lupa nak berdoa untuk anak isteri, suami, ibu bapa dan adik beradik, ipar duai...yang diingat cuma kawan. Kawan sekerja, kawan main golf, kawan sekelas, kawan sepermainan, semua kawan...macammana pernah lupa kalau kawan tak berhenti 'call', sms, menelipon dan jumpa di warung, kedai, supermarket...Lalu kitapun lupa, nak balik awal, nak pi masjid di malam Jumaat, mendengar tazkirah, ceramah ugama di radio, macam-macam lagi. Lupa nak jumpa doktor, polis nak bayar saman....lupa beramah dengan anak-anak sebelum masuk tidur atau mengusap rambut mereka sekurang-kurangnya atau bercerita di katil sbelum melelapkan mata...LUPA.
Dan keesokan hari lupa lagi. Lupa cuci tandas, sapu sampah,mengemas album, buku-buku di rak. serba-serbi lupa. Paling tidak elok, lupa berterima kasih pada suami yang menghabiskan gaji untuk keperluan keluarga, isteri yang bertungkus-lumus memastikan anak-anak dan suaminya cukup makan dan tidur, anak-anaknya sihat dan gembira di sekolah dan di rumah. Kita juga lupa yang kita punya anak-anak yang telah menceriakan rumah tangga dan membuat abah dan emaknya merasa bangga dengan pencapaian yang baik di sekolah di samping berbudi bahasa dan berhemah tinggi. Kadang-kita kita lupa punyai kawan sejati dan asyik terpedaya dengan kawan baru yang sakan bergembira. Kita lupa makna pengorbanan dan LEKA berseronok. Ingat! Tuhan bela golongan yag terpedaya. ...Hai, banyak sungguh yang kita lupa...Lupa membersihkan harta dengan bersedekah, lupa mengirimkan wang pada ibu bapa, lupa bayar bil, zakat....
Tak terhingga banyaknya yang kita LUPA, bukan PELUPA tapi tak kesah, tak ambil berat...selalu kata, TAK APA...Oleh itu, jadilah kita manusia yang papa...miskin segala budi, akhlak dan wibawa walau berpelajaran, berharta dan berkedudukan tinggi melangit..... So, bilakah kali terakhir kita senyum pada orang yang paling dekat dengan kita...? TAK INGAT???
BAHAYA.
p/s: I'm going for Umrah tomorrow...A new journey has begun.
6 comments:
umrah??...
slmat pergi dan blik madam...
gjn lpa doakn ank2 mu kt sluruh msia..
amin2..
Salam yong, Selamat mengerjakan umrah..
Assalamualaikum,
I have been looking for a long lost friend, Salmah Mohd Nor (She was form 3 when I was in Lower 6 in SMS Kelantan). I stumbled into your blog that did mention about her. Lost contact with her when she was studying in Perth Australia (I was in the US then). Do you by any chance have her email? I can be reached at fullaideas@gmail.com. Thanks and best regards.
salmah or Ti was my former classmate whe we were in Form 4 n 5. No worries. I'll ask around and get back to u.
Dear orang2,
Of course u and your friends are included in my prayers at the Masjidil Haram, Ameen...
Thanks. Appreciate your help.
fullaideas@gmail.com
Post a Comment