"Belikan abah pokok bunga melor. Yang ada tu dah nak mati..."
(yang banyak pokok lagi tu tak tanam-tanam lagi...tiap kali balik mesti ada pesanan pokok bunga yang nak ditanam tp satupun tak tanam-tanam lagi....10 pokok ada dah tu....Ikut jela kata dia...bagi dia seronok...pokok tu berapa duit la sangat berbanding dengan hatinya yang akan terguris kalau benda yang diharap tak ada di depan mata...)
"Roti keras yang ada gula tu...serunding jangan lupa tau?"
(baik abah...)
Dan setengah jam tadi saya dah kerat bunga-bunga ros di pokok yang saya tanam di belakang rumah...Hmm...wangi dan semerbak...nanti akan saya taburkan kelopaknya di pusara emak esok pagi atau pagi Jumaat.
Sebenarnya saya keletihan dan kurang sihat dalam dua tiga minggu ini. Otak dan hati berserabut. Banyak kerja yang belum beres tapi kalau mengenangkan kerja sampai mati pun takkan habis. Jadi, saya putuskan untuk pulang juga ke kampung juga...menjengok abah dan memantau makan dan minumnya...Niat di hati, kalau ada masa lebih nak bawak abah berjalan...tp tengokla...bajet ketat sikit bulan ini dan kalau banyak benda yang nak dibereskan di kampung terpaksa tunda ke Father's Day which is due next month...tengokla dulu macammana! :)
Minggu ni pun banyak sangat benda yang berlaku pada saya...Mula-mula kawan baik saya, Halimah pindah ke Gambang atas arahan kerajaan...
Lepas tu anak saya yang baru dapat result SPM lulus ujian kereta....bangganya dia pasal sebulan tak bawak kereta, terus lulus. Kesalahan jalanraya yang dibuatnya cukup-cukup untuk bagi lulus...Then, she received 3 offers to further her studies - Kolej Matrikulasi Kedah, UIA and MARA oversea study scholarship. Tuah ayam nampak di kaki...tuah Najihah Allah sahaja yang tahu...Syukur saya pada Tuhan di atas rahmat yang Tuhan turunkan...walaupun Najihah tidak mendapat straight As tp rezekinya murah....
Saya nak cerita panjang lagi tapi nak kena keluar pi ambil Masyitah di sekolah pulak...Nanti sambung sembang...
No comments:
Post a Comment