Dear son,
At the 'young and restless' age of yours, as a mother I can sense the 'excitement you get when meeting pretty girls about your age. I married you father young because that was the only option I had. I didn't want to make more sins or any mistake that would ruin my life or hurt my parents' feeling. You, my son have us, your parents that u can always consult to regardless of any matters. But, if you think that you have found somebody that u really think could 'garment' you with love, honesty, loyalty and sincerity, please prepare yourself to take the heaviest but rewarding responsibility that you can ever imagine..Below is an article that I found at one of my favourite websites..Do read before you decide anything. It's very interesting...
SEORANG SUAMI BERNAMA MUHAMMAD SAW.
Jika ingin membina dunia yang lebih aman,
kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita.
Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila
masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila
negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Oleh itu, apabila
dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca
daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam cawan rumah tangga boleh
mencetuskan badai di seantero dunia.
Perkara yang pertama dan utama dalam
hidup seorang lelaki bernama suami adalah keluarga. Tidak ada gunanya
dia berjaya di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja…
sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. Justeru, Allah telah
awal-awal lagi mengingatkan melalui firmanNya yang bermaksu,
selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!
Setiap lelaki pasti ditanya tentang
kepimpinanya. Dan kepimpinan yang pertama akan dipersoalkan di Hari
Akhirat nanti, bukan kepimpinan masyarakat, organisasi, jabatan,
kabinet atau negaranya… tetapi kepimpinan dalam keluarganya. Seorang
wanita mudah masuk ke dalam syurga walaupun tanpa suami bersamanya,
tetapi seorang lelaki sangat sukar masuk ke syurga tanpa isterinya.
Seorang suami hanya layak ke syurga apabila semua yang berkaitan isteri
dan anggota keluarganya sudah dipersoalkan.
Oleh kerana itu tertib dalam usaha
membina kehidupan yang baik dimulakan dengan membaiki diri, kemudian
membaiki rumah tangga dan seterusnya pancarkanlah sinar dalam rumah
tangga itu ke tengah masyarakat. Bukankah sinar Islam itu pun bermula
dari rumah Rasulullah saw? Nur wahyu dari gua Hira’ terpancar ke dalam
diri Rasulullah, kemudian menyinari jiwa Khadijah dan kemudian dari
situlah… bermulanya cahaya Islam ke dalam masyarakat Arab di Makkah,
seterusnya merebak ke Madinah dan akhirnya tersebar ke seluruh semesta.
Justeru, sebelum kita mencari
pengiktirafan sebagai pengurus, pengarah, CEO, menteri, perdana menteri,
Presiden, raja dan sultan yang berjaya, carilah dahulu pengiktirafan
dari dalam rumah tangga sendiri. Jadilah suami yang berjaya. Tegasnya,
kita belum benar-benar diiktiraf sebagai seorang yang baik sekiranya
belum menjadi suami yang baik. Sekiranya kita bertanya siapakah orang
yang paling baik? Dengarlah jawapan dari Rasulullah saw ini: ”Orang yang
paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap
keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik diantara kamu
terhadap keluargaku.”
Mari sejenak kita layangkan fikiran dan
terbangkan rasa menjelajah rumah tangga Rasulullah. Kita saksikan
bagaimana manusia agung ini berjuang dalam gelanggang yang paling kecil
tetapi sangat besar pengaruhnya kepada pembinaan ummah. Ya, bagaimana
sikap, cakap dan diam baginda sebagai seorang suami. Semoga kita tidak
hanya mengumpul riwayat dan hikayat, tetapi benar-benar menghayati makna
sirah yang tersurat dan tersirat.
Adakalanya baginda pulang ke rumah lewat
malam malah menjelang dinihari. Kerja dakwah dan memimpn masyarakat
acapkali menyebabkan baginda berenggang dengan isteri. Sejarah
menceritakan bagaimana baginda tidak akan mengetuk pintu rumah untuk
mengejutkan isteri yang sedang nyenyak tidur. Bahkan dibentangkannya
sahaja kain ridaknya lalu dijadikan lapik untuk baginda tidur di muka
pintu.
Apabila baginda bertanya kepada isterinya
apakah pada hari itu ada makanan untuk dimasak dan apabila isterinya
menjawab tidak ada… baginda akan tersenyum lalu memutuskan pada hari itu
baginda akan berpuasa. Tenang dan indah sekali. Pada hari ada rezki
untuk dimakan, baginda syukur. Apabila tidak ada, baginda sabar.
Sejarah menceritakan juga bagaimana
baginda sendiri menjahit bajunya yang koyak dan menampal kasutnya yang
bocor. Walaupun dia insan yang paling agung dan mulia, tetapi sentiasa
sedia turun ke bawah membuat kerja-kerja yang dianggap remeh dan kecil
oleh lelaki-lelaki lain yang kononnya lebih hebat dan unggul. Mereka
terlupa bahawa pemimpin yang hebat ialah mereka yang rela membuat
kerja-kerja kecil tetapi dengan jiwa yang besar. Dan Rasulullah telah
membuktikan hakikat itu!
Bayangkan baginda yang sering menangis,
bimbang dan takut akan nasib umatnya di akhirat tetapi masih punya masa
untuk bergurau senda dengan isteri-isterinya. Bukan sekali baginda
berlumba lari dengan iserinya hinggakan Aisyah berkata, “adakalanya
baginda menang, adakalanya aku menang.” Sikap baginda yang romantik itu
merupakan sesuatu yang masih sangat baru di kalangan umat Arab, kerana
baru beberapa tahun sebelumnya wanita dianggap warga kelas dua sehingga
bayi perempuan pun biasa ditanam hidup-hidup.
Sikap ‘gentleman’ dan romantik baginda
bukan sahaja pada Aisyah yang jelita tetapi juga pada Saudah, seorang
janda yang telah dinikahi oleh baginda ketika telah berusia. Oleh kerana
Saudah telah tua dan kurang berdaya dan badannya yang besar, baginda
sering melipatkan lututnya untuk dipijak oleh Saudah apabila isterinya
hendak menaiki unta. Sebagai perbandingan, ramai daripada para suami
kini yang membuka pintu kereta untuk isterinya?
Sekiranya terbayang juga kebimbangan pada
raut wajahnya ketika masuk ke rumah isterinya, baginda akan menjawab
jika isterinya bertanya kenapa? Ketika peristiwa perjanjian Hudaibiyah
dimetrai dan para saabat begitu sedih sehinggakan tidak sedar akan
perintah Rasulullah supaya bercukur dan menyembelih binatang, Ummu
Salamah mendengar kebimbangan baginda itu lalu mencadangkan agar
Rasulullah saw dahulu yang bercukur dan menyembelih korban…
Mata baginda bersinar atas cadangan dan
pandangan isterinya lantas keluar semula lalu bercukur dan menyembelih
kambing tanpa berkata sepatah pun kepada sahabat-sahabatnya. Baginda
‘bercakap’ dengan sikap seperti yang dicadangkan oleh Ummu Salamah. Dan
melihat perbuatan baginda itu, para sahabat tersentak, tersedar lalu
turut bercukur dan menyembelih binatang.
Bayangkan betapa besarnya jiwa baginda
tetapi masih sudi mendengar cadangan daripada para isterinya. Jika benar
dan betul, baginda akan menerimanya tanpa rasa malu dan ego. Tetapi
jika batil dan salah, baginda tidak akan mengalah atau berundur walaupun
selangkah.
Pernah baginda dihadiahkan seekor kambing
untuk dimakan bersama keluarga. Baginda meminta Aisyah agar memberikan
daging-daging kambing kepada orang yang lebih memerlukan. Aisyah dengan
segera menunaikan perintah baginda… cuma ditinggalkan sedikit yakni
bahagian kaki untuk Rasulullah saw. Ya, Rasulullullah gemar memakan
kambing terutama bahagian kakinya dan itulah yang dititip oleh Aisyah
untuk suaminya tersayang.
Apabila tiba waktu makan, Rasulullah
bertanya apakah daging-daging kambing itu telah diberikan kepada fakir
miskin? Lantas Aisyah menjawab sudah kecuali bahagian kaki yang dimasak
untuk baginda. Baginda tersenyum gembira, namun masih sempat
mengingatkan isterinya dengan kenyataan yang penuh tarbiah dan hikmah,
bahawa semua bahagian kambing itu menjadi hak mereka di akhirat kecuali
bahagian kaki itu!
Di rumah baginda sentiasa tersenyum,
ceria dan menolong kerja-kerja rumah. Hanya apabila azan bergema baginda
akan berhenti dan serta merta menuju masjid seolah-olah tidak mengenal
isterinya lagi. Jangan terkejut jika diberitakan adakalanya baginda akan
mandi bersama dengan isterinya dan menceduk air dari bekas yang sama.
Bukan berlakon-lakon, jauh sekali mengada-mengada, tetapi itulah realiti
peribadi Rasulullah, insan paling kasih, paling sayang, yang segala
perbuatannya lahir dari hati nurani yang paling murni. Sifat romantiknya
lahir dari hati.
Banyak kali baginda mengingatkan, agar
suami berlaku baik kepada wanita dan digalakkan bergurau senda dan
bermain-main dengan isteri. Baginda bersabda:” bermain-main itu boleh
dalam tiga hal. Ketika melatih kudamu, memanah dan bercanda dengan
isterimu.” Biasa baginda mencium isterinya, ketika hendak berpergian
jauh ataupun dekat, lama atau sekejap. Ciuman yang bukan hanya apabila
nafsu bergolak, tetapi ciuman cinta yang lahir dari hati yang penuh
kasih, kasihan dan sayang.
Baginda adalah suami yang ‘sporting’.
Suatu ketika pada suatu Hari Raya, Sayidina Abu Bakar masuk ke rumah
Aisyah di mana pada ketika itu ada dua orang perempuan sedang menari dan
memukul gendang, sedangkan nabi menutup dirinya dengan baju (tidak
melihat), maka Abu Bakar yang melihat keadaaan itu membentak kedua
wanita tersebut, lalu Rasulullah menampakkan wajahnya seraya berkata,
“hai Abu Bakar, biarkanlah mereka, sekarang adalah Hari Raya.”
Baginda minum daripada gelas yang sama
dengan isterinya. Bahkan baginda mencecahkan bibirnya pada tempat di
mana betul-betul bibir isterinya minum. Bahkan pada saat-saat akhir
pemergiannya pun baginda meminta Siti Aisyah melembutkan kayu sugi
dengan menggigitnya dan kemudian baginda minta disugikan dengan kayu
sugi tersebut. Hinggakan kerana itu Aisyah menyatakan air liurnya dan
air liur baginda bertemu sehingga saat akhir menuju kewafatannya.
Apabila baginda berada di bulan Ramadan,
sentiasa baginda akan bangun pada waktu dinihari untuk solat dan
munajat. Demi kasih sayang terhadap isteri, baginda akan mengejutkan
mereka untuk sama-sama memburu kecintaan Allah. Tidak digerakkan
isterinya dengan gerakan yang kasar ataupun lengkingan suara yang
tinggi, tetapi cuma disentuh dengan penuh kasih sayang dan dibelai
dengan kata-kata bujukan.
Jika kita ingin menjadi suami… contohilah
seorang suami yang bergelar Rasulullah – utusan Allah yang membuktikan
kepada kita bahawa perkahwinan itu bukan hanya soal hidup bersama
tetapi ‘cinta bersama’ buat selama-lamanya.
Masyhurlah kemudiannya kata-kata “marriage is loving-together, not just living together”
namun Nabi Muhammadlah suami yang membuktikan hakikat itu dalam
kehidupan berumahtangganya lebih 1400 tahun yang lalu.Teladanilah
seorang suami bernama Muhammad s.a.w
-Genta Rasa-
Pahrol Mohd Juoi
1 comment:
thanks ibu. it meant a lot. :')
Post a Comment