Tak banyak yang ibu tahu pasal Mak kecuali antara adik beradik MAK, maklah yang paling berjaya kerana MAK dapat jadi cikgu selepas sekolah tamat darjah 6. MAK kerja 'gomen' dan bergaji tetap. Waktu MAK sekolah dulu, MAK sangat aktif bersukan dan merupakan seorang 'runner' dan 'badminton player' sekolah dan daerah. MAK kata, takde siapa pun yang mendorong mak ke sekolah pada waktu itu termasuklah kedua ibubapanya tetapi kerana semangat ingi menjadi 'lain dari yang lain' MAK kuatkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.
Ibu boleh dikatakan sangat bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang juga seorang guru. Ibu belajar huruf A, Alif dan no 1 dari ibu ibu yang ibu panggil MAK. Diwaktu muda MAK tegas dan garang orangnya. Kalau pasal pelajaran, pasal solat memang MAK takde compromi, samalah macam abah tapi dalam banyak hal, MAK lebih lembut. MAK lebih mendengar dan MAK lah tempat mengadu. Sakit demam, MAK jugaklah ibu cari walaupun baru semalam kena marah dengan MAK sebab main hujan.
Satu perkara yang ibu tak lupa pasal MAK ialah MAKlah orangnya yang memperkenalkan ibu kepada Khutub Khanah ataupun perpustakaan. MAK akan bawa ibu ke Khutub Khanah boleh dikatakan setiap hari masa cuti sekolah. Waktu itu ibu dalam darjah satu lagi. Ibu mulai mengenali buku-buku komik kesah melayu lama seperti Raja Bersiong, SiBadang dll. Ibu tak ingat siapa penulis maupun pelukisnya. Tahun-tahun berikutnya ibu berkenalan pula dengan buku-buku karangan Enid Blyton yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu seperti Kumpulan Lima Sekawan (Famous Five), 7 Perisik dan Cerita-cerita dari Aesop (Aesop Fables).
Ahh...dunia ibu waktu itu adalah buku cerita dan buku cerita sehingga setiap kali waktu membeli buku-buku sekolahpun, ibu akan selitkan juga sebuah buku cerita dalam buku-buku teks tersebut. MAK marah tapi MAK beli juga. :)
Ibu jadi pembaca buku yang tegar di sekolah tempat MAK mengajar, melebihi murid-murid MAK sendiri. Sesungguhnya ibu menggunakan kesempatan yang ada kerana di sekolah tempat ibu belajar (Marian Convent), ibu belum berkesempatan meminjam buku-buku di khutub khanah sendiri di waktu itu. Hanya bila ibu berada dalam darjah 3 sahaja bari ibu dapat membuat sebarang pinjaman buku. Lalu, minat ibu beralih ke buku-buku Bahasa Inggeris kemudiannya seperti Cinderella, Sleeping Beauty dsbnya.
Begitulah hidup persekolahan Ibu waktu itu...IBU, MAK dan BUKU.
Bila waktu memanjat usia, MAK dah tak segarang dan setegas dulu terutama sekali bila dah bercucu. Nada suara MAK semakin layu dan lembut. Disebabkan itu jugalah, MAK beralah dengan besannya sewaktu Kak Long 'dilamar' oleh tok untuk dipelihara dan dijaga sepeninggalan ibu dan ayah di luar negara. MAK tak mau berebut cucu atau berlaku apa-apa kekeruhan antara keluarga kami.
Bila kesihatan MAK mula terganggu, ibu mula mengambil alih tugas MAK dulu...sebagai pendengar setia. Segala keluh kesah MAK, MAK cerita pada Ibu. Makan minum MAK, ibu cuba aturkan sebaik mungkin tapi tidak sama dengan cara MAK. MAK masak lebih sedap, lebih berperisa dan lebih kerap. Masakan MAK juga lebih berseni, tidak seperti masakan ibu yang biasanya ikut naluri. Lagipun ibu dah ada keluarga sendiri. Tak menang tangan ibu nak mengurus anak-anak ibu sendiri. Benarlah kata pepatah..anak yang ramai belum tentu dapat menjaga MAK yang seorang.
MAK juga adalah insan yang menjadi kesayangan anak-anak saudaranya kerana sifat keibuan MAK yang kental. MAK selalu cium kami kelima-lima beradik walaupun kami semua dah besar dan berkahwin. Teringat kata-kata seorang sepupu ibu tempohari,
" Kami masih teringatkan Wan Chik... (panggilan mesra MAK dengan anak-anak saudaranya) Dia selalu cium dahi kami ni bila kami nak balik.."
MAK juga suka menolong dan rajin bersedekah. Setiap minggu MAK akan bagi RM2 pada abah supaya bubuh di dalam tabung masjid. Sebab itu rezeki MAK murah. Mak boleh melancung ke UK, Australia, China, Indonesia, Vietnam selain dari mengerjakan haji dan umrah beberapa kali di sepanjang usia MAK.
"Kita kena tolong adik-beradik kita dulu. Jangan kedekut. Harta tu tak luak."
" Walaupun MAK bubuh nama pada harta MAK tapi ingat, hasilnya mesti dikongsi adik beradik..," pesan MAK.
"Mak selalu doakan anak-anak MAK, menantu-menantu MAK, cucu-cucu MAK...MAK sebut nama sorang-sorang. MAK syukur, anak-anak MAK berjaya. Menantu-menantu mak baik-baik belaka, jaga anak-anak mak elok-elok. MAK syukur sangat" selalu MAK sebut perkataan -perkataan ini pada ibu. Hati ibu selalu rasa tersentuh. Terasa sangat ilmu keibuan ibu ni kerdil sangat.
Tapi inilah hasilnya ibu adik beradik. Insyallah, takde siapa yang berdengki atau rasa lebih maupun kurang. Ibu dan adik-adik ibu sentiasa pegang cakap MAK. Pohon Allah jauhkan segala fitnah dan hasad dengki kami adik-beradik. Semuanya berkat doa MAK.
Dan ibu teringat waktu Asyraf masuk ke Sekolah Agama Kedah 7 tahun dahulu, MAK lah orang yang pertama menangis kegembiraan kerana memang itulah doanya. Mahukan cucu-cucu menjadi ilmuan yang beragama.
Tapi sekarang MAK dah takde. Hari Ibu dah tak sama lagi.
"Macammana kamu sakit melahirkan anak-anak kamu, macam tu MAK sakit melahirkan kamu. Sampai demam-demam, bengkak susu dan macam-macam." kata MAK.
"Jangan tinggal solat, belajar rajin-rajin" pesan MAK masa ibu belajar di US dulu.
Insyallah pesan MAK takkan ibu lupa dan sentiasa sematkan dalam hati. Pada Allah ibu panjatkan kesyukuran kerana ibu dan adik-adik ibu berpeluang menjaga MAK waktu MAK sakit. Banyak pengajaran ibu dapat sewaktu menjaga MAK dulu baik dari waktu MAK mula tak larat sehinggalah MAK terbaring dan tak berdaya membuat sebarang pekerjaan. Bagaimanapun, ibu seharusnya memberi 'kredit' kepada ayah dan anak-anak ibu yang sangat memahami 'kesesakan' ibu waktu itu. Tanpa redho dan faham kalian semua, ibu takkan dapat menjalankan tugas ibu sebagai seorang anak kepada MAKnya.
Apa yang berlaku pada MAK sentiasa ibu ambil pedoman dan ikhtibar untuk menjadi ibu yang lebih baik kepada anak-anak ibu. You are My Everything. Hidup ibu rasa kosong kalau takde anak-anak ibu di sekeliling ibu. Paling ibu terasa bila anak-anak semua pulang ke asrama. Mujurlah ada Anisah di rumah menjadi peneman. Ibu tahu satu masa nanti semua anak-anak ibu akan kahwin dan berkeluarga dan akan meninggalkan ibu dan ayah di rumah...itulah sebabnya ibu mahu menghabiskan masa dengan anak-anak ibu bila berpeluang. Ibu tak mau 'miss' langsung kalau boleh. Anak-anak ibu adalah segala-galanya untuk ibu. Takpe kalau ibu tak berhubung selalu atau 'bersosial' dengan kawan-kawan ibu asalkan ibu tahu anak-anak ibu cukup pakai dan makan, samada sakit atau sihat, samada boleh belajar atau tidak...cukuplah semua itu...segala rezeki yang ibu dapat terutamanya untuk anak-anak ibu...Ibu bukan orang kaya tapi ibu lebih senang berkongsi limpahan nikmat yang ibu dapat dengan anak-anak ibu.
Ibu tidak sehebat ibu-ibu lain yang hidup susah tapi boleh mengurus anak-anak dengan baik dan penuh keimanan. Dengan bantuan Allah dan ayah, Ini sajalah yang ibu mampu buat. Fikirkan juga anak-anak yang tak beribu dan tak dapat merasa kasih sayang emaknya. Semoga anak-anak ibu serta anak-anak orang lain juga dapat menjadi orang yang cemerlang di akhirat dan di dunia..di dalam belaian dan kasih sayang seorang ibu..
"Happy Mother's Day!"

No comments:
Post a Comment